Pages

Saturday, May 22, 2010

Sambutan Hari Guru dan Pra Gawai



Pada 20 Mei 2010 bersamaan hari Khamis telah diadakan Sambutan Hari Guru dan Pra Gawai bersempena Hari Guru dan perayaan gawai yang akan tiba tidak lama lagi. Acara sukaneka yang dijadualkan bermula awal pagi bermula agak lewat berikutan hujan yang turun namun semua acara dapat disudahkan tepat jam 12 tengahari. Acara sebelah petang adalah perlawanan bolasepak diantara ibubapa dan guru. Bermain di padang yang becak membuatkan para penonton yang menyaksikan perlawanan bolasepak ini terhibur dengan gelagat para pemain diatas padang. Pada sebelah malamnya pula majlis diteruskan dengan acara sambutan hari guru seperti nyanyian lagu, bacaan sajak, pertukaran hadiah antara staf, dan majlis ranyai oleh tuai-tuai rumah sempena kedatangan hari gawai.

0 comments:

Post a Comment